Assalamualaikum...
Oleh kerana ramai yang pm di Fb mintak resepi Tepung Pelita ni..maka saya buat posting ni agar ia memberi manfaat pada surirumah yang baru nak belajar buat kuih untuk jamu suami dan anak-anak waktu berbuka puasa nanti..
Doakan saya dan keluarga dilimpahi rezeki, dikurniakan kesihatan, dilanjutkan usia terutama sekali untuk baby sy Faiq Fayyadh bin Fadullah Faisal, moga dia membesar menjadi anak yang soleh dan cerdik akal fikiran..amin...saya buat kuih ni waktu mengandungkan dia, tu yang keluar putih sheput macam tepung pelita..haha!
Bermula dengan penyediaan sarang tepung pelita, first sekali kena cari daun pisang yg kukuh/tebal, biasanya daun ni orang buat bungkus nasi dagang..pastikan cuci yer daun pisang ni..lepas cuci lap dulu dan sila layur atas api ye, untuk memudahkan proses melipat dan membentuk. Kalau x dilayurkan, daun nya akan mudah patah dan koyak.
Untuk membuat acuan ni, saya gunakan dua lapis daun pisang untuk lebih kukuh sebab nanti bila kite masukkan adunan yg panas, daun pisang tu jadi meleweh ke tepi..pastikan susun rapat-rapat ye..saya gunakan kotak mancis yang di 'saloytape' sebagai acuan, lebar dan panjang sama ukuran dengan kotak mancis cuma saya tinggikan sikit je ketinggian dia , nak rendah ke tinggi terpulang la..kalau nak letak adunan banyak, buat la tinggu sikit, kalau rasa kedekut nak letak adunan, buat la rendah sikit..untuk tutorial nak membentuk sarang, pembaca boleh la rujuk youtube, saya pon belajar dari sana..kehkeh!
Lepas tu tabur hujung-hujung sudu je gula dalam sarang nya..gula pasir ye, jangan risau, nanti bila curahkan adunan hijau (panas) tu, gula akan mencair..kalau rasa x suka manis, x payah tabur, cukup la sekadar sedekahkan senyuman manis awak tu dalam sarang tu..hahaha!
Ni untuk adunan hijau:
4 cawan air
1 cawan air pandan (blend 5 helai daun pandan)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula (kalau nak kurangkan sikit x sampai penuh cawan pon xpe, sebab dalam sarang dah letak gula kan)
1 sudu makan air kapur
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil pewarna hijau epal star brand (sikit je letak, xnak bagi pucat sangat adunan hijau tu)
Sebelum masukkan dalam periuk, tapis dulu agar tiada tepung yang berketul, tiada semut dalam gula, tiada hampas daun pandan..hahahaha
Letak periuk (saya guna non stick pan) atas dapur. Api kena slow sahaja, kalau kuat nanti memang adunan akan masak tapi rasa dia lecah. Yang paling penting, kena sentiasa kacau@godek yer sebab x mahu adunan berketul. Kalau dah berketul, baik buang je la..hahaha..
Dengan api yang slow dan pergerakan tangan yang sentiasa kacau adunan tu, jangan merungut letih pulak ye..yang mana ade anak kecil tu, baik bagi dia tidur dulu ye, sebab adunan ni x boleh ditinggal begitu sahaja sampai la dia mendarat dalam sarangnya..
Bila adunan hijau da mengeluarkan gelembung pluk plak pluk plak sebanyak 2 3 kali..tutup api dan teruskan masuk dalam sarang sebelum dia menjadi lebih likat dan pekat..kalau da start likat susah nak cedok masuk dalam sarang nye..kuih ni memang kene buat dalam mode gelojoh ye kawan-kawan!
Setiap kali nak masukkan dalam sarang, kacau dulu pastu tuang..kacau tuang kacau tuang sampai sudah..
Lepas settle, kite bancuh adunan putih pula ye..pastikan sarang yang dah diletakkan adunan hijau tadi letak tinggi sikit, bukan ape, risau semut hurung masuk dalam celah sarang, ye la, gula yg ditabur mula-mula tadi da cair kan, x pasal jadi habuan semut je kuih ni nanti.
Adunan putih ni simple sahaja..
1 cawan santan pekat (200g
4 cawan air (kalau nak lemak betoi, buh 3 cawan air je, tapi 4 cawan air pun memang lemak sangat dah)
4 sudu makan besar membukit tepung beras
1 sudu kecil garam
I sudu besar gula ( xletak pon xpe)
#tepung beras jangan banyak sangat, nanti bila da sejuk dia keras ketung, x berlemak gedik-gedik..nanti rase tepung je...
Sama step macam adunan hijau tu, tapis dulu sebelum masukkan dalam periuk sebab x nak tepung berketul, gula x larut, x mahu ada hampas kelapa. Dan macam biasa, api slow dan sentiasa kacau.
Bila da mengelembung 2 3 kali tutup api, dan terus tuang atas adunan hijau tadi.
Peringatan sekali lagi, pastikan anak-anak sedang tidur ye, sebab bila adunan dah masak, memang kena cepat-cepat masukkan dalam sarang, kalau tak, memang comot la adunan putih tu nanti..nak cantik permukaan putih tu, kena tuang masa adunan putih tu betul- betul sedang panas cair..
Pastikan masa tuang tu, x meleleh macam saya ni. Ni versi laju-laju x tahu nak pergi mane..hehehehe..biasanya saya tuang satu senduk kecil adunan hijau, satu senduk adunan putih.
Bila da siap, korang boleh packing gini, pastu hantar ke jiran kiri kanan depan belakang, confirm dieorang puji, dah la cantik, buat kuih pon sedap..hahahahaha
Nak buat jual pon boleh, 50sen sebiji, tapi saya rasa lepas korang cuba buat sendiri, mesti rasa macam nak jual rm1 sebiji..hahahaha
Bila dah rasa macam acah-acah pro, korang boleh start ambil tempahan pula ye..adoi!
Kalau rasa yg diri tu pemalas ya ampun, buh je dalam bekas cam gini ha..tapi x feel macam makan dalam daun pisang la ye...hehehe
Nanti berbuka, jangan lupe ngapppp sampai puas..jangan buat-buat malu pulak kalau suami , sedara, jiran-jiran puji kuih tepung pelita engkorang ye! Menyampah !
Letak dalam peti makan sejuk-sejuk pon sedap!
Jangan lupe cucuk lilin ye, nanti xde la orang perli, tepung pelita tapi x menyala!
Terima kasih kalau da baca resepi dan tips ni sampai habis, ni cara saya okey, kalau ada makcik bawang mempertikai kan cara saya ni, eh salah ni, eh guna tepung gandum la, eh kena kukus la baru sedap, eh gula banyak sangat ni......ikut suke saya la makcik! Ni kuih saya!